satu petang yang indah, perut gua tetiba berasa lapar tatkala mak gua tak masak tengah hari.. so gua pon dengan selamba membuka fridge dapur gua dan gua start masak macam orang bujang. hari ini gua nak ajar korang semua masak masakan orang bujang. So cepat readykan cursor untuk meng-highlight dan copy resipi dari sini! harini kite akan memasak makanan bujang tatkala hujung bulan.
resepi ini sungguh simple ok. kalau korang ade lepas buat telur goreng, lepas lah nak buat sanwich telur goreng ni.. hihihi..
ok. barang2 dan bahan2 yang diperlukan:
- kuali.
- sudip.
- minyak masak dua sudu besar.
- telur sebiji.
- bawang besardah siap potong2 baru senang nak tabur.
- lada sulah atau lada hiam ikut mana suka.
- roti dua keping.
- sos cili.
- salad/kubis selai.
cara-cara memasak:
ok first skali abang2 boleh panaskan kuali and minyak masak.. abang2 boleh menggunakan ape2 jenis minyak masak asalkan abang tak masak pakai minyak rambut atau minyak hitam. macam mana nak tau minyak dah panas ke belum? abang boleh try celupkan jari abang, kalau agak2 minyak tu menggoreng, dah panas lah tu. atau abang2 boleh tgk kalau minyak abang2 dah berbuih.
gambar belah atas tu telur ye abang2. bukan kepala jiran saya hussien bin md noor. bila minyak tu dah panas. abang2 boleh lah pecahkan telur abang2... eh abang2 boleh lah pecahkan telur ayam kedalam kuali kite tadi.. dari gambar belah bawah abang2 boleh nampak bagaimana skillnya saya memecahkan telur sehingga tidak bersepah. amacam?
selepas pecah jee telur ayam tu kat dalam kuali, abang2 boleh terus taburkan bawang2. kene capat tau.. kalau tak nanti bawang2 tu tak melekat laaaa.. bawang ni bagus untuk badan tau abang2 sebab bawang ni boleh menjauhkan kanser. tapi tu orang kata lahhh.. harhar..
selapas menaburkan bawang ke atas telur tadi.. abang2 bolehlah menaburkan secubit dua lada sulah/hitam. baik2 jgn letak banyak sangat, cirit birit karang.
sambil2 tunggu telur tu nak masak, abang2 bolehlah sediakan roti dengan salad dengan sos tadi. ikut macam gua buat tu.. baru rock. kalau agak2 nak letak timun ke kubis ke ikut lah. kasi fancy skit laa kan.. sos tu kalau guna sos black pepper pon masyuk jugak tau.
lepas agak2 telur tadi dah masak sepenuhnya, abang2 boleh lah menggunakan kekuatan dan kelembutan tangan abang2 untuk mengankatnya ke atas roti yang kita dah sediakan tadi. bergaya sungguh. lepas abang2 sandwhichkan telur tadi, bolehlah abang2 mulakan lahapan.
saya harap, pembaca2 boleh lah mempraktikkan resepi saya yang takde rupa tapi ada rasa ni. itu pon kalau kau orang rajin nak masak. sehingga jumpa lagi dilain hari dalam rancangaaaaaaaaaannn~
Dapur Bujang!


No comments:
Post a Comment